Muzik

Menu

Wednesday, 14 March 2012

Apa Salah Dirang??

Assalamualaikum n hello...

baru-baru ni, kita dikejutkan dengan berita penemuan mayat rentung yang disyaki mayat Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang (5 tahun) yang hilang sejak 1 Mac lalu ketika ke kedai .. mayat rentung Dirang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit... 





apa yang membuat saya sedih dan sebak, kanak2 berusia 5 tahun yang dikategorikan dalam golongan yang tidak berdosa diperlakukan sebegini!! patutkah?? kenapa harus begini pada Dirang?? apa salah Dirang??  

dikatakan bahawa kematian Dirang ni berkaitan dengan dendam..  lihat la manusia, kerana dendam sanggup dan tergamak sungguh mereka melepaskan dendam mereka terhadap kanak2 yang tak terlibat dan tak berdosa ni... mungkin mereka puas.. tapi mereka pasti akan menerima hukuman yang sepatutnya.. mungkin balasan dunia mereka boleh terlepas tapi balasan akhirat tidak akan terjadi!!!!





mungkin sekarang kita tak boleh nak salahkan sesiapa.. tapi setiap yang berlaku pasti ada kebenaran dan hikmahnya.. kita pun banyak2 sedekahkan Al-Fatihah untuk Dirang...  banyak2 kan berdoa.. Insya-Allah nanti selesai juga kes ni....




No comments:

Post a Comment