Muzik

Menu

Tuesday, 6 December 2011

Atlet Sukan yang saya kagumi!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ni saya nak cerita sikit tentang atlet Malaysia ni.. maklum la baru-baru ni ramai atlet yang dah berjaya cipta nama dan harumkan nama negara dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing.. dalam masa itu, saya pun nak ambil kesempatan untuk tulis entri tentang ni la!! hehehe...

atlet yang paling saya kagumi ialah Datuk Nicol Ann David... saya paling kagumi Ratu Skuasy Negara ni kerana beliau menjadi juara dunia '6 kali berturut-turut'!!!!!!!!!!!!!! memang terbaik la!!! sebelum ni tak ada pun mana-mana atlet yang macam tu.. ini la sejarahnya!! kali pertama Datuk Nicol Ann David mencipta sejarah begitu.. walaupun saya tak pandai main skuasy tapi saya minat Datuk Nicol Ann David.. =)

Di sini saya sertakan gambar-gambar kejayaan Datuk Nicol Ann David..






selain itu, saya pun kagum dengan Datuk Lee Chong Wei yang merupakan pemain badminton.. beliau merupakan Pemain Badminton nombor 1 di Malaysia dan di Dunia!!! tapi ada yang mengatakan beliau sama taraf dengan Lin Dan iaitu pemain negara China.. tetapi bagi saya Datuk Lee Chong Wei lebih hebat!!

Di sini saya sertakan gambar-gambar Datuk Lee Chong Wei..



selain itu saya juga meminati pemain bola sepak daripada team Harimau Muda iaitu Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol) dan juga Muhammad Nazmi Faiz Mansor serta Syahrul Azwari Ibrahim... Khairul Fami memang cekap!! Nazmi dan Syahrul pula pernah menjaringkan gol untuk Malaysia ketika perlawanan dengan Indonesia dan Bahrain.. lagipun mereka berdua ni muda lagi!! aceceh terlebih sudah!!

Syahrul Azwari dan Nazmi Faiz

Khairul Fahmi

kepada semua, teruskan sokongan anda terhadap atlet-atlet Malaysia!!

No comments:

Post a Comment