bila tiba musim cuti sekolah saja, mesti ada banyak undangan majlis perkahwinan yang kita terima bukan? keluarga saya pun begitu.. sehinggakan masa untuk melancong pun selalu tertunda.. kalau hari-hari biasa kami tak dapat melancong kerana kesibukan mama dan abah bekerja sepanjang minggu..
tadi pun saya ada menghadiri 2 undangan kenduri kahwin.. ramai juga tetamu yang hadir di majlis tersebut sehinggakan terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan meja makan.. hidangan pula sedap-sedap belaka!! biasanya tuan rumah menghidangkan hidangan nasi minyak, nasi putih, ayam, daging, gula-gula, air dan sebagainya.. tapi yang paling saya suka ialah mendapat bunga telur daripada tuan rumah.. saya suka mengumpul bunga telur.. ^^
tak dinafikan, saya juga suka tengok hiasan pelamin.. ada yang dihias dengan mewah, cantik, ringkas, moden, tradisional dan sebagainya.. ada yang buat konsep dalam taman, konsep ala inggeris, konsert ala bollywood/arab dan sebagainya.. tetapi walau bagaimanapun hiasannya, saya tetap suka!! ^^
dan apa yang paling saya tunggu-tunggu ketika menghadiri majlis perkahwinan ialah menyaksikan pengantin bersanding! bak kata pepatah 'bagai pinang dibelah dua' ataupun 'merpati dua sejoli'.. pengantin perempuan sentiasa nampak ayu apabila disolek oleh mak andam.. pengantin lelaki pun apa kurangnya jika pasangannya cantik, pengantin lelaki pun segak la!! ^^
kepada sesiapa yang sudah ataupun bakal mengdirikan rumahtangga sepanjang cuti ini, saya ucapakan selamat pengantin baru.. semoga berkekalan hingga akhir hayat!! ^^
No comments:
Post a Comment