Muzik

Menu

Friday, 2 December 2011

Kenangan Manis bersama kawan-kawan ketika masih bergelar kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

zaman kanak-kanak merupakan zaman yang menyeronokkan bagi saya kerana saya melalui zaman kanak-kanak saya dengan riang, gembira, ceria dan suka-ria... saya masih ingat lagi ketika saya berumur 9 tahun, ketika itu saya selalu bermain bersama kawan-kawan saya di sebuah padang yang sangat luas.. kami selalu bermain roundess.. memang seronok bila terfikirkan semula!! kumpulan mana yang kalah akan membelanja kumpulan yang menang seperti belanja aiskrim dan sebagainya..





kadang-kadang, kami selalu bermain buaian di bawah sebuah pokok manggis di sebelah dewan mesyuarat orang ramai iaitu di rumah ibu saudara saya.. kadang-kala kami akan memanjat pokok manggis tersebut untuk memetik buah manggis.. apabila keletihan, kami akan tertidur di atas buaian tersebut.. ada juga yang tertidur di atas pokok!! ^^





kami juga selalu bermain masak-masak ataupun main keluarga.. selalu bermain di sebuah pondok yang dibina oleh arwah atuk saya (Al-Fatihah buat arwah atuk)... dalam permainan tu, kami bagaikan berlakon menjadi sebuah kelaurga yang bahagia.. saya selalu memegang watak sebagai anak sulung.. haha memang seronok apabila teringat semula!! =D





No comments:

Post a Comment