Muzik

Menu

Saturday, 3 December 2011

Study Hard, Study Smart!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

tahun depan merupakan tahun yang mencabar bagi saya kerana tahun depan saya bakal menduduki PMR! semoga saya boleh mencapai target saya! berikutan itu, ini bermakna bahawa saya harus berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh lagi untuk mencapai target.. ramai cikgu, kawan mahupun keluarga yang mengharapkan saya buat yang terbaik terutamanya ibu bapa saya..



saya perlu lebihkan masa belajar berbanding masa bermain dan sebagainya.. saya mahu memperbaiki Matematik dan Sains kerana saya agak lemah dalam subjek tersebut.. alhamdulillah Bahasa Melayu dan Sejarah saya juga semakin baik! begitu juga dengan Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu dan Geografi. tetapi saya masih juga lemah dalam Bahasa Inggeris.. saya tak tahu kenapa.. tapi saya harap semasa PMR nanti saya boleh menjawab semua subjek! =)




saya ada seorang kawan baik yang berbangsa Cina.. setiap kali peperiksaan, dia pasti mendapat 6A, 7A ataupun 8A!! hebat sungguh!! dia selalu tolong saya kalau ada topik yang saya tak faham.. sifatnya yang tak kedekut ilmu mungkin salah satu punca kejayaannya! bak kata guru KHB saya, kita haruslah menerima dan memberi pendapat orang lain.




buku rujukan amat diperlukan.. ini bermakna, saya harus membeli lebih banyak buku rujukan menjelang tahun depan.. saya sudah membaca buku-buku teks Tingkatan 3 dan ianya sedikit sebanyak membuat saya bersedia menghadapi tahun depan..



selain itu, saya juga mesti memperbanyakkan latihan di rumah.. saya mesti beli lebih banyak buku latihan terutamanya karangan dan Matematik.. cikgu selalu pesan, kalau nak lebih faham perlulah perbanyakkan latihan di rumah.. kalau ada kerja sekolah yang diberi mseti siapkan! Insya-Allah kata-kata cikgu itu akan saya amalkan! ^^





kepada kawan-kawan sebaya, good luck juga untuk PMR nanti!! doakan juga kejayaan saya.. Insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik selagi saya mampu!! Amin!! =D

No comments:

Post a Comment